Tuesday, 1 July 2014

Soalan Temuduga Jawatan SPA



Assalamualaikum, hai hai semua!

Okay, bulan lepas, saya ada pergi temuduga jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya dipanggil untuk temuduga jawatan pembantu tadbir operasi/perkeranian, dah lama isi online SPA ni, Alhamdulillah, dia panggil untuk jawatan kelayakan SPM tu dulu..

Ok, al kisah, pendek cerita, bila dah masuk bilik penemuduga, start la 'soal siasat' dari penemuduga,hehe, nervous laa masa tu. First, diorang suruh perkenalkan diri secara ringkas, so saya cerita banyak pasal hal-hal pendidikan saya start dari SPM sampailah ke universiti,huhuh, terlebih kelulusan, takpelah, ada kerja, kena try cepat-cepat kan, zaman sekarang tak boleh nak pilih kerja sangat kan.. Pastu, cerita serba sikit pengalaman kerja yang ada, habis..

Then, dia tanya pulak mengenai tugas bidang yang ditawarkan, Alhamdulillah, dapat lah jawab jugak dengan baik, huh, lega sikit la rasa. Saya tak nak letakkan penerangan tentang bidang tugas pembantu tadbir di sini, sebab dah berlambak kita dapat cari melalui 'Mr. Google' tu kan, so sesapa yang nak cari pasal apa tugas pembantu tadbir di sini, anda dah silap blog,huhu,sorry!

Orait, benda yang paling saya nak highlight kan di sini tentang temuduga jawatan yang ditawarkan SPA ni, adalah soalan ketiga, 'perkembangan semasa di Malaysia'. Disebabkan saya ni first time temuduga jawatan kerajaan full time, saya memang tak dapat nak agak apa soalan perkembangan semasa Malaysia yang penemuduga nak tanya. Huh, bermula lah sesi berpeluh saya, antara soalan yang ditanya mengenai negara kita adalah;
- Siapa nama pengarah/pengerusi/setiausaha SPA? (kalau boleh hafal lah sikit nama jawatan teratas SPA) Pastu sekali dengan visi/ misi/ objektif/ fungsi SPA?
- Apakah itu 1 Malaysia?
- Apakah barangan/ produk 1 Malaysia? haa, macam tak berapa pasti kan.
- Apakah itu GST? Brapa peratus tax yang dikenakan? Siapa yang bertanggungjawab untuk kendalikan
   GST? Pihak yang bertanggungjawab bab GST ni under kementerian mana?
- Kalau anda lulusan universiti, bersiap sedialah, mungkin boleh ditanya; Siapa cancellor/ naib cancellor
   universiti anda?
- Pastu, contohnya kalau anda ada bagitau anda asal dari negeri-negeri sekian, bersedialah, mungkin dia
  akan tanya, siapa nama sultan/ raja/ ketua menteri negeri tersebut?
- Atau pun siapa nama wakil rakyat kawasan tempat anda duduk/ mengundi?
- Kemudian, apa hal semasa yang anda ikuti sekarang? Selepas tu, dia akan tanya sangat detail tentang
   perkara semasa yang anda nyatakan tu, bersedialah, selidik habis-habis mengenai sesuatu hal yang kita
   nyatakan tu ye.
- Apakah nama timbalan perdana menteri? Nama lengkap tau, nama ayah menteri tu pun kena lengkap,
   sekali lah dengan gelaran beliau semua.

Orait, lebih kurang lagu tu lah soalan mengenai hal-hal semasa negara yang mungkin ditanya oleh penemuduga jawatan SPA ni, so anda-anda semua boleh lah take note ye, mana yang belum ditemuduga atau akan ditemuduga tak lama lagi, huh, saya masa dia tanya bab hal semasa tu, boleh lah rasa nak pengsan jugak, sebab ulangkaji saya sangat basic untuk hal-hal semasa tu, kalau tau GST pun, yang asas-asas je, terlupa nak skop jabatan mana yang kendalikan semua, hah, nasib badan lah kan, kalau dapat penemuduga yang ok, ok lah anda, kalau dapat yang memang inspektor sahab, bersedia lah ye, mungkin yang tak pernah ditemuduga oleh kerajaan tu, boleh lah buat rujukan di atas.

Tapi tengok jugak lah kan, ada temuduga tu, macam yang pernah saya temuduga di kementerian pendidikan negeri, untuk jawatan penolong pembantu murid, dia tak tanya sangat serius la kan, setakat macam soalan asas, contoh; siapa nama perdana menteri ketiga? apa konsep yang dibawa oleh YAB Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi? Apa tu modal insan?

So, kesimpulannya, soalan hal semasa ni, kemungkinan dia akan tanya benda-benda yang berkait rapat tentang bidang tugas kita, ataupun boleh jadi sebaliknya. Apa pun, tawakkal pada Allah jugak ye, kita dah berusaha, dan kemudian boleh share pengalaman kita yang mungkin membantu kawan-kawan lain yang belum berpengalaman lagi kena temuduga kan. Jangan risau sangatlah, insyAllah boleh jawab kalau rajin buat revision awal,hehe... ops, terlupa nak bagitau, penemuduga mungkin dalam 2 atau 3 orang selalunya, based on apa yang saya dah lalui sebelum ni kan.
sekian!

Sekadar gambar renungan :)



Wednesday, 21 May 2014

"CheeseKut Choco Yummy"

Assalamualaikum, haloo..

Lama tak menaip kat blog ni,huhu. Okay lah, hari ni 'tiba-tiba' ada masa lapang kan, saya nak kongsi lah, sedikit resepi simple untuk buat "Cheesekut" yang sedap tapi senang untuk dibuat ye.
Takmo buang masa lagi, jom kita say cheeeeeesekut...


Chesekut Layer

1 bungkus          biskut kering/ crackers (apa-apa brand pun boleh)
1/4 tin                 susu pekat (kalau nak manis try 1/2 tin)
250g                   cream cheese (saya pakai brand Tatura)
5 sudu besar      susu segar (any brand jugak)
1/2 cawan           coklat button masakan (saya pakai coklat yg semisweet)


1.  Ini bahan-bahannya, tapi terlupa gambar biskut lak..

 2.  Memula, masuk cheese mengikut ukuran yang ditetapkan.

3.  Tambahkan susu pekat yang dah disukat.


4.  Kemudian tambah susu segar.
 5. Pastu, lenyek-lenyek krim cheese yang masih berketul tu dengan sudu, so senang sikit nak putar mixer jap lagi.
 6. Putar-putar mixture tadi.
7. Okay, putar lagi, saya putar bermula dengan kelajuan minimum,then maximum, pastu baru medium.
 8. Then, jadi camni.
 9.  Putar sampai krim cheese + susu segar + susu pekat sebati, become like this.
 10.  Kemudian, masukkan chocolate masakan dalam periuk kecil.
 11.  Panaskan guna kaedah double boil. 
Dah siap, ketepikan sebentar.

 12.  Rendam biskut kering satu persatu dalam balance susu segar yang tinggal.
 13.  Lepas dah rendam, susun dalam bekas yang dah dilapik dengan plastik wrapping tu.
 14.  Letak mixture krim cheese awal-awal tadi atas biskut tu, bagi rata.
 15.  So jadi camni first layer.

 16.  Then, untuk layer kedua pulak, lapik sekali lagi biskut yang dah dicelup susu segar, ke atas krim cheese layer tadi, then atas biskut tu, letak melt chocolate tadi pulak.
 17.  Dan seterusnya selang-seli lah krim cheese dengan melting chocolate tadi sampai habis semua biskut.
 18.  So, layer anda kalau diikut dari susunan bawah;
biskut celup susu segar > krim cheese > biskut celup susu segar > melting chocolate
Then, ulang balik dari mula susunan tu or ikut suka akak-akak lah ye.




   

19.  Then untuk last layer paling atas, boleh buat macam ni. letak krim cheese, then jalur-jalurkan melting chocolate atas krim cheese tu. Pastu, tabur sikit serbuk biskut yang tinggal.
20.  Akhir sekali, sejukkan dalam peti sejuk, baru best, sedap ooo. Tarraaaa, siap!








































Wednesday, 19 March 2014

Why Islam?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Dah lama tak menaip di sini. Hari ni, dok tengah browse youtube, tergerak hati nak tahu tentang bagaimana orang mualaf boleh tergerak hati nak masuk Islam dan bagaimana pengalaman yang mereka lalui sebelum dan selepas masuk Islam. Hehe, hari ni jadi alim sikit la, bukan apa, kadang-kadang tu, tergerak lah jugak kat hati ni, kenapa kita, yang dah sedia ada dalam Islam, masih tak kuat lagi bab-bab agama.

Teringat saya ada seorang sahabat saya yang bukan muslim, bertanya pada saya yang muslim ni,
"mengapa orang Islam tak bagi makan babi? Kami yang makan pork ni tak jadi ape2 pun, sentuh anjing pun, takde jadi ape2 pun? Saya dengar ada setengah orang cakap makan babi tak bagus, ada kesan pada kesihatan, tapi kami still hidup, tak sakit ape pun?"
Huh, bila dah diaju dengan soalan begitu, agak sentap jugak rasanya, tak tau pulak apa nak jawab, rasa diri ni kurang ilmu dan masih lagi jahil, orang tanya bab agama pun tak tahu jawab.
Dan dengan alasan sebegitulah masih ramai saya rasa orang bukan muslim di luar sana kurang yakin untuk mendekati Islam, sebab orang 'Islam Melayu' sendiri tak dapat nak jawab, macamana nak serahkan jiwa dan raga diorang dalam Islam kan.

Ok, anyway bukan lah saya nak sentuh sangat bab makan pork tu atau sentuh anjing, cuma kali ni apa yang saya nak highlight kan, bagaimana kita nak yakin kan dan sekaligus nak berdakwah dengan betul dalam Islam ni. Oklah, kalau kata kita ni tak alim sangat, sekurang-kurangnya biarlah kita tahu apa nak jawab bila orang belum muslim bertanya tentang agama kita kan.

So, disebabkan desakan perasaan sebegitu lah buatkan saya terlintas untuk search di youtube tentang mualaf yang masuk Islam, nak tahu jugak, kenapa mereka yang sesetengahnya sebelum masuk Islam, sangat kuat dalam agama lain yang dianutinya, boleh tertarik dengan Islam. Mereka bukannya dipaksa untuk masuk Islam, tetapi akhirnya Alhamdulillah diberi hidayah untuk memeluk Islam dan seterusnya mengembangkan lagi usaha berdakwah dengan kebenaran.

Oleh itu, untuk pendekkan karangan yang meleret untuk memahami kenapa mualaf boleh tertarik dengan Islam ni, ada beberapa video bersumberkan dari Youtube yang saya sertakan di sini untuk penghayatan anda semua. Semoga kita semua mendapat kebaikan dan hidayah, sama ada kita sudah muslim, ataupun yang sedang mencari kebenaran dalam agama,amin.


 
Ustaz Fitri Abdullah (Darmasilan Letchumanan), sebelumnya adalah pengamal agama hindu yang kuat. Alhamdulillah, diberi hidayah untuk mencari Tuhan yang satu. 




Ustaz Shah Shamugam, sebelumnya anak sami hindu, tetapi diberi hidayah sejak dari kecil lagi, melalui azan.
Sangat lucu orangnya di dalam dakwah beliau, tetapi bermakna.





Brief sharing session with Bro Firdaus Wong Wai Hung, discussing about 'the importance of spreading Islam'.

Friday, 28 February 2014

How to Party with Food

Assalamualaikum, morNinG all...

Okay, toDay I want to story-story to you a story, hehe, ntah ape-ape english eden, marah cikgu Inggeris nanti. Huh, pagi-pagi ni mai mood nak buat story telling pulak dah, ok lah, layan ye..









The End. Sorry lah ye, kalau merapu sikit pagi-pagi ni, saje nak layan foto makan pepagi ni.
Selamat menjamu breakfast semuanya di pagi hari ni..

milkysmile milkysmile milkysmile milkysmile milkysmile milkysmile

Tuesday, 25 February 2014

Newbie to Blog

Assalamualaikum & Halo-halo...

Hi to all outside there! Saya baru dalam dunia blog ni, hehe.. Hope dapat share & type benda2 yang berfaedah di sini. Okay, mengenai saya, saya orang utara, saya seorang house wife, tengok tajuk pun dah tahu kan.. So, tujuan saya ber'blog ni, firstly terapung kat atas kepala ni, nak start berniaga online, but in the same time nak sharing-sharing jugak apa yang saya tahu buat or anything else yang berguna lah. Berbalik pada berniaga online, saya pun tak tahu nak niaga ape daa.. padahal banyak benda boleh niaga kan, hmm... takpe, nanti kita fikir-fikir kan k.

Sebelum ni, saya bekerja contract sebagai seorang pereka grafik, di sebuah universiti, tak payah gitau lah ye,hehe. Sape yang tahu tu, shh2 je.. Okay, after one year involve in that area, saya mohon berhenti, masa tu nak dekat2 kahwin dah, kononnye nak tumpu kat suami la kononnye kan,hehe. Selepas kahwin, saya menceburkan diri dalam bidang videografi, own business with my partner. Hah, cerita mengenai videografi ni, sebenarnya bukannye senang nak dapat customer di area utara ni dengan 'harga' pakej yang mahal2 macam nun di selatan semenanjung malaysia tu, so kena lah letak harga yang 'biase-biase jeww'..
Hehe, biasa lah tu, selepas setahun, baru boleh naikkan harga, step by step ikut kesesuaian & apa upgrade yang kita lakukan. Then, sampai lah sekarang dok rekod video, edit video, burn video, video-video sampai sekarang, huh ayat putaq belit. Oh, lupa pulak nak cerita, yang saya more to wedding video, ataupun any event keraian seperti bertunang & hari lahir, etc. Nak tahu lebih lanjut or nak cuci-cuci mata tengok video, boleh la buat lawatan sambil belajar di alamat ini, cewahh ;

http://idearekavidz.blogspot.com/  > ini adalah tempat untuk tengok-tengok video.

So, settle bab-bab video ni, tapi apa kena-mengena dengan nama blog saya  ni, "isteri d' Dapur" ?
Heheh, itulah, orang melayu ni suka melalut kalau dah mula bukak cerita kan, hheheh, daripada nak cerita pasal kat dapur, termasuk bab-bab video pulak dah. Sebenarnya, boring jugak asyik dok edit video jeww, so selain edit video or in malay 'menyunting video' di rumah sewaktu 5 hari bekerja orang lain, saya juga bertugas sebagai 'tukang' suri rumah, hehe.. Suspen je kan, ingat tukang apa ntah. So, biasa ler tugas-tugas isteri ni, kemas rumah, cuci sana, cuci sini, and of course kena lah masuk dapur. So, that's why it's called 'Isteri d' Dapur' ! Tapi kenapa? Kenapa kena letak nama Isteri d' Dapur kat blog ni? Sebabnya, saya rasa waktu sekarang ni semakin subur kembali budaya masak sendiri di dapur oleh para isteri sekalian, betul? Search je di laman memasak macam kat myResepi tu ke, pastu cuba tengok kat bawah resepi tu, belambak orang-orang komen, yang nak tanya ni lah, tu lah.. So, di kesempatan ini, saya cuba nak sharing sedikit apa-apa yang boleh di share daripada dapur saya & mungkin juga boleh jual barangan dapur kan? Ahah, dah dapat idea..hehe

Sebenarnya, daripada nama "isteri d' dapur" ni, jangan risau lah ek, pasti saya akan tersasar daripada tajuk punya, seperti blog-blog lain kann.. Mesti punya nanti cerita bab berjalan lah, bab baju lah, etc.
So, itulah introduction saya buat kali pertama taip kat first post ni, ada moral value ke kat sini? Heheh, sorry lah ye, permulaan ni mesti lah takde apa-apa faedah sangat yang boleh di share, tapi insyAllah boleh share benda berguna after few posts nanti kan.

Okay, doakan kita boleh sama-sama kongsi benda yang baik bersama isteri-isteri di luar sana lagi selepas ini. InsyAllah!

* Berhenti seketika, masuk dapur, then sambil dok bukak peti ais, tengok benda-benda dalam peti sejuk tu, sambil-sambil berfikir, apa nak masak? Hmm, terung, cili, tauhu, udang geragau, ikan bulu ayam(tatau ape orang panggil sebenarnya, hantam je), telur, cendawan etc. banyak lagi, tapi banyak bahan makanan yang tak berkenaan untuk masak tengah hari.