Dah lama tak menaip di sini. Hari ni, dok tengah browse youtube, tergerak hati nak tahu tentang bagaimana orang mualaf boleh tergerak hati nak masuk Islam dan bagaimana pengalaman yang mereka lalui sebelum dan selepas masuk Islam. Hehe, hari ni jadi alim sikit la, bukan apa, kadang-kadang tu, tergerak lah jugak kat hati ni, kenapa kita, yang dah sedia ada dalam Islam, masih tak kuat lagi bab-bab agama.
Teringat saya ada seorang sahabat saya yang bukan muslim, bertanya pada saya yang muslim ni,
"mengapa orang Islam tak bagi makan babi? Kami yang makan pork ni tak jadi ape2 pun, sentuh anjing pun, takde jadi ape2 pun? Saya dengar ada setengah orang cakap makan babi tak bagus, ada kesan pada kesihatan, tapi kami still hidup, tak sakit ape pun?"
Huh, bila dah diaju dengan soalan begitu, agak sentap jugak rasanya, tak tau pulak apa nak jawab, rasa diri ni kurang ilmu dan masih lagi jahil, orang tanya bab agama pun tak tahu jawab.
Dan dengan alasan sebegitulah masih ramai saya rasa orang bukan muslim di luar sana kurang yakin untuk mendekati Islam, sebab orang 'Islam Melayu' sendiri tak dapat nak jawab, macamana nak serahkan jiwa dan raga diorang dalam Islam kan.
Ok, anyway bukan lah saya nak sentuh sangat bab makan pork tu atau sentuh anjing, cuma kali ni apa yang saya nak highlight kan, bagaimana kita nak yakin kan dan sekaligus nak berdakwah dengan betul dalam Islam ni. Oklah, kalau kata kita ni tak alim sangat, sekurang-kurangnya biarlah kita tahu apa nak jawab bila orang belum muslim bertanya tentang agama kita kan.
So, disebabkan desakan perasaan sebegitu lah buatkan saya terlintas untuk search di youtube tentang mualaf yang masuk Islam, nak tahu jugak, kenapa mereka yang sesetengahnya sebelum masuk Islam, sangat kuat dalam agama lain yang dianutinya, boleh tertarik dengan Islam. Mereka bukannya dipaksa untuk masuk Islam, tetapi akhirnya Alhamdulillah diberi hidayah untuk memeluk Islam dan seterusnya mengembangkan lagi usaha berdakwah dengan kebenaran.
Oleh itu, untuk pendekkan karangan yang meleret untuk memahami kenapa mualaf boleh tertarik dengan Islam ni, ada beberapa video bersumberkan dari Youtube yang saya sertakan di sini untuk penghayatan anda semua. Semoga kita semua mendapat kebaikan dan hidayah, sama ada kita sudah muslim, ataupun yang sedang mencari kebenaran dalam agama,amin.
Ustaz Fitri Abdullah (Darmasilan Letchumanan), sebelumnya adalah pengamal agama hindu yang kuat. Alhamdulillah, diberi hidayah untuk mencari Tuhan yang satu.
Ustaz Shah Shamugam, sebelumnya anak sami hindu, tetapi diberi hidayah sejak dari kecil lagi, melalui azan.
Sangat lucu orangnya di dalam dakwah beliau, tetapi bermakna.
Brief sharing session with Bro Firdaus Wong Wai Hung, discussing about 'the importance of spreading Islam'.
No comments:
Post a Comment