Tuesday, 1 July 2014

Soalan Temuduga Jawatan SPA



Assalamualaikum, hai hai semua!

Okay, bulan lepas, saya ada pergi temuduga jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya dipanggil untuk temuduga jawatan pembantu tadbir operasi/perkeranian, dah lama isi online SPA ni, Alhamdulillah, dia panggil untuk jawatan kelayakan SPM tu dulu..

Ok, al kisah, pendek cerita, bila dah masuk bilik penemuduga, start la 'soal siasat' dari penemuduga,hehe, nervous laa masa tu. First, diorang suruh perkenalkan diri secara ringkas, so saya cerita banyak pasal hal-hal pendidikan saya start dari SPM sampailah ke universiti,huhuh, terlebih kelulusan, takpelah, ada kerja, kena try cepat-cepat kan, zaman sekarang tak boleh nak pilih kerja sangat kan.. Pastu, cerita serba sikit pengalaman kerja yang ada, habis..

Then, dia tanya pulak mengenai tugas bidang yang ditawarkan, Alhamdulillah, dapat lah jawab jugak dengan baik, huh, lega sikit la rasa. Saya tak nak letakkan penerangan tentang bidang tugas pembantu tadbir di sini, sebab dah berlambak kita dapat cari melalui 'Mr. Google' tu kan, so sesapa yang nak cari pasal apa tugas pembantu tadbir di sini, anda dah silap blog,huhu,sorry!

Orait, benda yang paling saya nak highlight kan di sini tentang temuduga jawatan yang ditawarkan SPA ni, adalah soalan ketiga, 'perkembangan semasa di Malaysia'. Disebabkan saya ni first time temuduga jawatan kerajaan full time, saya memang tak dapat nak agak apa soalan perkembangan semasa Malaysia yang penemuduga nak tanya. Huh, bermula lah sesi berpeluh saya, antara soalan yang ditanya mengenai negara kita adalah;
- Siapa nama pengarah/pengerusi/setiausaha SPA? (kalau boleh hafal lah sikit nama jawatan teratas SPA) Pastu sekali dengan visi/ misi/ objektif/ fungsi SPA?
- Apakah itu 1 Malaysia?
- Apakah barangan/ produk 1 Malaysia? haa, macam tak berapa pasti kan.
- Apakah itu GST? Brapa peratus tax yang dikenakan? Siapa yang bertanggungjawab untuk kendalikan
   GST? Pihak yang bertanggungjawab bab GST ni under kementerian mana?
- Kalau anda lulusan universiti, bersiap sedialah, mungkin boleh ditanya; Siapa cancellor/ naib cancellor
   universiti anda?
- Pastu, contohnya kalau anda ada bagitau anda asal dari negeri-negeri sekian, bersedialah, mungkin dia
  akan tanya, siapa nama sultan/ raja/ ketua menteri negeri tersebut?
- Atau pun siapa nama wakil rakyat kawasan tempat anda duduk/ mengundi?
- Kemudian, apa hal semasa yang anda ikuti sekarang? Selepas tu, dia akan tanya sangat detail tentang
   perkara semasa yang anda nyatakan tu, bersedialah, selidik habis-habis mengenai sesuatu hal yang kita
   nyatakan tu ye.
- Apakah nama timbalan perdana menteri? Nama lengkap tau, nama ayah menteri tu pun kena lengkap,
   sekali lah dengan gelaran beliau semua.

Orait, lebih kurang lagu tu lah soalan mengenai hal-hal semasa negara yang mungkin ditanya oleh penemuduga jawatan SPA ni, so anda-anda semua boleh lah take note ye, mana yang belum ditemuduga atau akan ditemuduga tak lama lagi, huh, saya masa dia tanya bab hal semasa tu, boleh lah rasa nak pengsan jugak, sebab ulangkaji saya sangat basic untuk hal-hal semasa tu, kalau tau GST pun, yang asas-asas je, terlupa nak skop jabatan mana yang kendalikan semua, hah, nasib badan lah kan, kalau dapat penemuduga yang ok, ok lah anda, kalau dapat yang memang inspektor sahab, bersedia lah ye, mungkin yang tak pernah ditemuduga oleh kerajaan tu, boleh lah buat rujukan di atas.

Tapi tengok jugak lah kan, ada temuduga tu, macam yang pernah saya temuduga di kementerian pendidikan negeri, untuk jawatan penolong pembantu murid, dia tak tanya sangat serius la kan, setakat macam soalan asas, contoh; siapa nama perdana menteri ketiga? apa konsep yang dibawa oleh YAB Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi? Apa tu modal insan?

So, kesimpulannya, soalan hal semasa ni, kemungkinan dia akan tanya benda-benda yang berkait rapat tentang bidang tugas kita, ataupun boleh jadi sebaliknya. Apa pun, tawakkal pada Allah jugak ye, kita dah berusaha, dan kemudian boleh share pengalaman kita yang mungkin membantu kawan-kawan lain yang belum berpengalaman lagi kena temuduga kan. Jangan risau sangatlah, insyAllah boleh jawab kalau rajin buat revision awal,hehe... ops, terlupa nak bagitau, penemuduga mungkin dalam 2 atau 3 orang selalunya, based on apa yang saya dah lalui sebelum ni kan.
sekian!

Sekadar gambar renungan :)



No comments:

Post a Comment