Assalamualaikum & Halo-halo...
Hi to all outside there! Saya baru dalam dunia blog ni, hehe.. Hope dapat share & type benda2 yang berfaedah di sini. Okay, mengenai saya, saya
orang utara, saya seorang
house wife, tengok tajuk pun dah tahu kan.. So, tujuan saya ber'blog ni, firstly terapung kat atas kepala ni, nak
start berniaga online, but in the same time nak sharing-sharing jugak apa yang saya tahu buat or anything else yang berguna lah. Berbalik pada berniaga online, saya pun tak tahu nak niaga ape daa.. padahal banyak benda boleh niaga kan, hmm... takpe, nanti kita fikir-fikir kan k.
Sebelum ni, saya bekerja contract sebagai seorang pereka grafik, di sebuah universiti, tak payah gitau lah ye,hehe. Sape yang tahu tu, shh2 je.. Okay, after one year involve in that area, saya mohon berhenti, masa tu nak dekat2 kahwin dah, kononnye nak tumpu kat suami la kononnye kan,hehe. Selepas kahwin, saya menceburkan diri dalam bidang
videografi, own business with my partner. Hah, cerita mengenai videografi ni, sebenarnya bukannye senang nak dapat customer di area utara ni dengan 'harga' pakej yang mahal2 macam nun di selatan semenanjung malaysia tu, so kena lah letak harga yang 'biase-biase jeww'..
Hehe, biasa lah tu, selepas setahun, baru boleh naikkan harga, step by step ikut kesesuaian & apa upgrade yang kita lakukan. Then, sampai lah sekarang dok rekod video, edit video, burn video, video-video sampai sekarang, huh ayat putaq belit. Oh, lupa pulak nak cerita, yang saya more to wedding video, ataupun any event keraian seperti bertunang & hari lahir, etc. Nak tahu lebih lanjut or nak cuci-cuci mata tengok video, boleh la buat lawatan sambil belajar di alamat ini, cewahh ;
http://idearekavidz.blogspot.com/ > ini adalah tempat untuk tengok-tengok video.
So, settle bab-bab video ni, tapi apa kena-mengena dengan nama blog saya ni, "isteri d' Dapur" ?
Heheh, itulah, orang melayu ni suka melalut kalau dah mula bukak cerita kan, hheheh, daripada nak cerita pasal kat dapur, termasuk bab-bab video pulak dah. Sebenarnya, boring jugak asyik dok edit video jeww, so selain edit video or in malay 'menyunting video' di rumah sewaktu 5 hari bekerja orang lain, saya juga bertugas sebagai 'tukang' suri rumah, hehe.. Suspen je kan, ingat tukang apa ntah. So, biasa ler tugas-tugas isteri ni, kemas rumah, cuci sana, cuci sini, and of course kena lah masuk dapur. So, that's why it's called 'Isteri d' Dapur' ! Tapi kenapa? Kenapa kena letak nama Isteri d' Dapur kat blog ni? Sebabnya, saya rasa waktu sekarang ni semakin subur kembali budaya masak sendiri di dapur oleh para isteri sekalian, betul? Search je di laman memasak macam kat myResepi tu ke, pastu cuba tengok kat bawah resepi tu, belambak orang-orang komen, yang nak tanya ni lah, tu lah.. So, di kesempatan ini, saya cuba nak sharing sedikit apa-apa yang boleh di share daripada dapur saya & mungkin juga boleh jual barangan dapur kan? Ahah, dah dapat idea..hehe
Sebenarnya, daripada nama "isteri d' dapur" ni, jangan risau lah ek, pasti saya akan tersasar daripada tajuk punya, seperti blog-blog lain kann.. Mesti punya nanti cerita bab berjalan lah, bab baju lah, etc.
So, itulah introduction saya buat kali pertama taip kat first post ni, ada moral value ke kat sini? Heheh, sorry lah ye, permulaan ni mesti lah takde apa-apa faedah sangat yang boleh di share, tapi insyAllah boleh share benda berguna after few posts nanti kan.
Okay, doakan kita boleh sama-sama kongsi benda yang baik bersama isteri-isteri di luar sana lagi selepas ini. InsyAllah!
* Berhenti seketika, masuk dapur, then sambil dok bukak peti ais, tengok benda-benda dalam peti sejuk tu, sambil-sambil berfikir, apa nak masak? Hmm, terung, cili, tauhu, udang geragau, ikan bulu ayam(tatau ape orang panggil sebenarnya, hantam je), telur, cendawan etc. banyak lagi, tapi banyak bahan makanan yang tak berkenaan untuk masak tengah hari.